Aug 15 2008

080808 Fengshui Baik Fengshui Jahat

Artikel Ditulis Pada 080808 tapi di keluarkan dari gudang pada hari ini. Hehe!

[Jangan Cepat Melatah, Kerana Manusia Punya Kelemahan Masing Masing]

mantik 080808 Fengshui Baik Fengshui Jahat

Matematik. Ade orang malas belajar matematik. Kat sekolah jenuh guru guru piat, godam, baham dan lunyai budak budak yang pemalas suh pandai matematik. Saya seorang yang tergolong dalam golongan bernasib baik sebab amat minat fizik dan matematik tapi hampeh sebab kantoi add math. Semua orang tak percaya dengan result yang kuar bila fizik dan matematik saya ke langit tapi matematik tambahan saya adalah menjunam ke dalam kerak kawah gunung berapi. Saya lagi la pening, sampai sekarang saya tidak boleh menerima musibah matematik tambahan saya begitu trok. Cita cita hendak menjadi engineer terbaek telah bertukar menjadi ahli biotech yang tidak menjanjikan kerja dan angka gaji yang lumayan melainkan cakap cakap angin pihak pihak berkepentingan di Malaysia sahaja. Tapi saya percaya rezeki ada di mana mana, dan tidak semestinya apa yang kita inginkan semua nya kita dapat. Wahai budak budak pemalas belajar matematik, hukum alam menyatakan jika tuan puan kaji adalah jika anda hendak menguasai dunia, kuasai lah matematik. Dan kepada ahli politik diluar sana, jika hendak menjadi seorang yang terhormat banyakkan la buat research paper dari dok buat research taik pasal kuasa tuan puan yang telah pun jatuh merudum. Alamak… Dah masuk politik. Saya hentikan.

Saya menulis pasal matematik sebab seorang blogger bertanya saya. Kenapa eh kat sekolah kena belajar mate. Akoo tak suka la belajar mate. Macam yang saya cakap tadi, tade orang nak mengajar sesuatu yang tidak berfaedah melainkan orang yang mengajar anda tue bertuankan jin dan setan yang sememangnya jelas sesat. Jadi penulisan matematik hari ini adalah berkaitan dengan penakulan mantik. Saya dah lupa sebenarnya ape itu penakulan mantik. Saya belajar bio sampai biol kepala hotak. Maka sila jauhi perkataan berupa bio atau kerjaya berupa bio kerana itu merupakan satu bentuk adu domba semata mata. Tapi saya cuba cuba ingat definisi dia. Saya rasa penakulan mantik tue berupa sesuatu yang bersifat tersirat dan tersurat atau pun bersifat pernyataan atau tidak. Contohnya adalah: seorang perempuan cantik dihantar oleh lelaki kacak pulang ke rumah pada waktu malam. Apekah penakulan mantik anda? Penakulan mantik saya adalah menyatakan ayat itu benar, kerana ia benar. Haha. Tersurat adalah perempuan itu sengkek manakala lelaki itu budiman, manakala tersirat adalah perempuan mengajak lelaki budiman bermalam di rumah tetapi di rejek mentah mentah kerana mahu menjaga teruna. Begitulah. Tapi jangan percaya dengan contoh tersebut kerana saya merapu semata mata. Contoh penakulan mantik yang mudah adalah “Tentukan sama ada 3 X 2 = -3 X 2″. Uji fikiran tuan puan sama ada tuan puan meletakkan sesuatu hukum pada yang sepatutnya. Ramai yang akan memberikan jawapan tersebut adalah “salah”, tetapi penakulan mantik menyatakan bahawa jawapan di atas adalah betul sebab hanya ayat matematik yang memalsukan pernyataan tersebut. Susah hendak paham kan? Abai kan kerana kegeniusan saya jelas mengatasi tuan puan sekalian :p.

Apa yang saya ingin cakapkan adalah tentang nombor nombor yang bermain di fikiran manusia. Apabila dikaitkan dengan nombor, ada ada sahaja benda yang hendak dibuat. Sama ada bermain nombor ekor, bermain kuda atau melakukan sesuatu upacara yang istimewa. Tapi bagi saya, benda yang paling goyah berlaku apabila nombor nombor istimewa ini  tidak digabungkan dengan pernyataan agama akan membuat manusia semua ke laut. Sebabnya adalah meletak kepercayaan tahyul, karut dan kurafat mengatasi kepercayaan kepada tuhan. Konon nya apabila tarikh 080808 itu menggambarkan perut buncit yang kekenyangan. Nasib saya mempunyai perut  six packs of cigarette. Maka saya tidak terpengaruh, kalau jika tuan puan pembaca nst atau the star pasti melihat begitu banyak iklan “Ucapan Tahniah Di Atas Pembukaan Syarikat” pada hari ini. Fengshui la tue konon. Kepercayaan terhadap nombor nie jugak bahaya terutama kepada wanita wanita melayu. Bagi meraikan sesuatu yang istimewa, maksud saya tarikh yang istimewa, mereka akan melakukan sesuatu yang luar biasa dengan pasangan masing masing. Contoh gambar diatas kalau ikot penakulan mantik memberikan definasi yang berbeza. Terpulang lah kepada tuan puan kerana saya tidak ingin mengulas panjang, tapi cukuplah kepuasan kepada hati saya kerana membuat anda semua pening.

Dikesempatan 080808 ini, saya telah berkurung didalam rumah dan telah mengupah pakgad di sekeliling rumah agar tiada perempuan chun menceroboh rumah saya bagi meraikan hari yang penuh fengshui baik ini. Saya juga ingin mengucapkan selamat berjaya kepada atlet atlet Malaysia sempena sukan olimpik yang bermula pada malam ini. Kepada semua, tengoklah TV malam nie, tepat pada pukul 08.08pm bertarikh 080808 kerana perasmian olimpik akan dilakukan oleh orang orang besar republik CINA. Dibawah ini, satu gambaran rumus penakulan mantik mudah tentang US dan CHINA dimana Bush nie seorang pelahap! Maka saya menyeru kepada rakyat Malaysia pisahkan politik kotor dan berkepentingan peribadai dengan menentang sebarang campur tangan dari US. Tengoklah gambar 1presiden BUSH yang hamsap tue. Gambar 2, yew jgn nak cuba ciom bini ai. Terajang kan.

pic02421 080808 Fengshui Baik Fengshui Jahat

pic14310 080808 Fengshui Baik Fengshui Jahat

Related Posts with Thumbnails

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog

Iklan

Pemikir Jalanan