Sep 10 2008

Berbuka Puasa Di Temani Gadis Pelayan

[Ruangan Iklan Ini Berbayar, Sila Kolek Kupon Bertuah Dari NH]

makanpuasa Berbuka Puasa Di Temani Gadis Pelayan

Hello, oke ka lang? Bertemu lagi kita di dalam rancangan jalan jalan sambil masak memasak bersama Extremist Thinker. Hos undangan yang menggantikan Extremist Thinker kita pada kali ini tidak lain dan tidak bukan adalah Siti. Buat makluman tuan puan semua, saya pilih Siti buat kali kedua muncul di dalam belog ini adalah kerana beliau mempunyai potongan bentuk badan menawan 28-28-28. Dengan potongan sebegini, saya berharap beliau akan menjadi ikon dan pengaruh ikutan (trend setting) kepada mana mana gadis. Kepada gadis gadis diluar sana, lupakan hasrat untuk mempunyai potongan 34-26-36 kerana saya amat percaya, tahap nisbah makan anda dengan rejim diet anda di bulan puasa tidak mungkin mengempiskan lemak lemak anda, melainkan kelibat papa telur dan mama telur akan kelihatan di mana mana sahaja. Maka saya serahkan sesi rancangan jalan jalan sambil masak memasak ini kepada Siti. 

Assalamualaikum dan salam ramadhan kepada tuan puan yang mengikuti ruangan ini. Terima kasih kerana masih tidak melupakan Siti. Siti sudah agak lama tidak bersiaran di ruangan ini kerana bz dengan dunia glamour, lagipun populariti Extremist Thinker mengatasi populariti Siti. Seingat Siti, Siti penah on air di belog ini pada 19 ogos lepas je, itu pun selepas Siti merasuah taukey belog ini dengan godaan hiburan dunia. Kali ini, Siti tidak akan membawa isu trend hantarkan kawen yang tinggi yang mengadu domba itu, tapi kali ini… Siti akan membawakan tuan puan semua ke sebuah tempat makan terkenal di KL digelar Pantai Dalam. Ye tuan puan, satu tempat yang agak unik di megalopolis terutamanya jika anda ingin berkelah bersama makwe dan juga pakwe, bukan apa… di sini tiada lansung pantai yang dalam mahupun jurang maria mariana tetapi yang ada hanyalah bebudak universiti malaya yang agak sengkek kerana mereka semua menghuni rumah flat je, TAPI golongan kaum hawa mereka semestinya hawt (mungkin ada pernah terdengar aksi tangga dot 3gp?). Disini, sama ada tuan puan berduit atau tidak, atau mempunyai rupa paras sekacak Extremist atau secantik Siti atau pun tidak, itu bukan menjadi persoalan tetapi dalam aktiviti melenggang perut… ayat power haruslah mantap agar tuan puan di sponser. Kali ini saya sarankan tuan puan mengipas brader noktahhitam dan life4hire agar beliau berdua dapat menapau semua ongkos bil makan nanti. Okay tuan puan, kali ini destinasi bajet akan menyelusuri sebuah medan makan yang agak terkenal iaitu Restoren Jang Nara. Sound macam familiar kan.

Restoren ini tidak diusahakan oleh pelakun pelakun winter sonata mahupun produksi filem sex is zero, tetapi ia diusahakan oleh anak anak buah tok janggut. Tentu tuan puan terbayang tok janggut ini merupakan kambing jamnapari (igt kambing ini, ingat ibrahim ali) yang bertubuh gagah dan berjanggut metrosex… Tapi tuan puan salah. Restoren ini sebenarnya di usahakan oleh rakyat negara kelantan yang suka berbahasa kelatelish. Semasa kunjungan Siti pertama kali dahulu ke restoren ini, restoren ini hanyalah sebuah restoren tempelan di mata masyarakat tetapi berkat gadis pelayan yang vogue… restoren ini telah menempa nama di kalangan mat/minah rempit mahupun masyarakat berkolar biru. Diharapkan dengan sedikit tulisan Siti yang rela hati mereview dalam segmen jalan jalan sambil masak memasak akan  mengangkat martabat restauran ini ke dada dada bidang akhbar dan menjadi mashur seantero dunia. Seperti yang telah Siti bagi tahu, restoren ini terletak di Pantai Dalam dan diusahakan oleh rakyat negara kelantan. Antara menu menu yang disediakan adalah ayam bogel tergolek berpusing ~ setaraf kenny rogers, tum tum bak yam siam, kung fu  kung kaw toew dan pelbagai masakan lain yang bisa membesarkan nafsu makan dan juga diameter perut tuan puan.

Buat makluman tuan puan yang mungkin singgah sahur atau berbuka di restoren jang nara ini, restoren ini mampu menampung badan badan besar sebesar Big Momma seramai tiga puluh orang, maka kalau orang cun dan sexy macam Siti, Siti agak seramai tiga ribu orang boleh membanjiri resteron tersebut pada satu satu masa. Memandangkan restoren in terletak di pantai dalam, pengangukan utama yang harus anda pilih adalah dengan menggunakan submarine france yang telah disubconkan. Walau bagaimana pun, pengangkutan komuter yang disertakan dengan aroma teraphy mat mat bangla dan indo turut disediakan. Bagi yang agak agak kaya dan ingin menunjuk kereta mewah tapi berlogo kancil, tuan puan boleh mengambil jalan persekutuan atau pun new express hiway. Pandu arah turut disediakan dengan khidmat tonto atau pakcik teksi dan juga kereta sewa berhampiran.

Okelah tuan puan, Siti terpaksa pendek kan dan habiskan review jalan jalan sambil masak memasak di Restoren Jang Nara, Pantai Dalam sebab Siti ada shooot kat tempat len. Maaf Siti tidak dapat ke sana sebab Siti telah dikipas dengan voucher makan di Le Meredian oleh Extremist Thinker. Apa apa pun semua makanan akan di sponser oleh orang kaya noktahhitam. Siyesss tipu je. Tapi Siti pernah dengan lagu nasyid berbunyi “orang kaya kalau tidak keluar zakat, walaupun hidup seribu tahun… xde makna nya”. Hahahah! Daaa. Siti sayang uols taw.

Tempat: Restoran Nara, Pantai Dalam (penah masuk review belog ET)
Masa: 7pm-8pm (tapi kalo lapar datang kul 2pm pun xpe)
Bayaran:  Free (selepas tuan puan kipas bro noktahhitam & life4hire)
Aktiviti: Bukak bukak (ape sahaja bukak yang boleh menyebabkan pose terr…)
Tujuan: Sembahyang jemaah di masjid (ini paling bagus!!!)

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]

21 Comments on this post

Trackbacks

  1. negaraku.net wrote:

    Berbuka Puasa Di Temani Gadis Pelayan | Extremist Thinker…

    Hello, oke ka lang? Bertemu lagi kita di dalam rancangan jalan jalan sambil masak memasak bersama Extremist Thinker. Tetamu undangan kita pada kali ini tidak lain dan tidak bukan adalah Siti. Buat makluman tuan puan semua, saya pilih Siti buat kali ke…

    September 10th, 2008 at 2:20 pm
  2. Berbuka Puasa Di Temani Gadis Pelayan | Fairy Tail Manga wrote:

    [...] Go here to read the rest: Berbuka Puasa Di Temani Gadis Pelayan [...]

    September 10th, 2008 at 10:19 pm
  3. Walimatul Urus Extremist Thinker | Extremist Thinker wrote:

    [...] puan terkejutkan kenapa saya tetiba balik kampungkan? Makan makan bukak posa bersama belogerz kat restoran jang nara esok pun saya tak pegi. Saya sebenarnya dalam dilema, sampai belog pun saya dah tak mahu menulis [...]

    September 12th, 2008 at 5:37 am
  4. So Unsangkarable!!! | Extremist Thinker wrote:

    [...] puan terkejutkan kenapa saya tetiba balik kampungkan? Makan makan bukak posa bersama belogerz kat restoran jang nara esok pun saya tak pegi. Saya sebenarnya dalam dilema, sampai belog pun saya dah tak mahu menulis [...]

    September 13th, 2008 at 5:54 am
  5. Budak Merah wrote:

    [...] puan terkejutkan kenapa saya tetiba balik kampungkan? Makan makan bukak posa bersama belogerz kat restoran jang nara esok pun saya tak pegi. Saya sebenarnya dalam dilema, sampai belog pun saya dah tak mahu menulis [...]

    October 22nd, 2008 at 9:17 pm
  1. stu_comot said:

    nape name mknn die comell2 je?! hahaha..

    September 10th, 2008 at 2:44 pm
  2. aisyahkama said:

    hahaha… owner kedai ney sedara mara siti ke? egtkan nak bg resepi masak memasak ke ape… makan makan makan!

    aisyahkama’s last blog post..FINDING NEMO -emo

    September 10th, 2008 at 2:47 pm
  3. Extremist Thinker said:

    nak makan ke? jom laaa.
    13 september taw. 16 september makan lain plak. 16 september makan minyak. hoyeeee. minyak murah! :cool:

    September 10th, 2008 at 2:53 pm
  4. topo said:

    hohoh cambest je aku baca jalan jalan sambil masak memasak … aku dok jauh la… kalo x teringin gak nak gi ni… :cry:

    September 10th, 2008 at 2:59 pm
  5. megat said:

    tu dia intronya.

    kau nak citer pasal apa sebenarnya ni mat!!??

    kepala tengah bingung bertambah bingung masuk sini huhu.

    megat’s last blog post..Spyware Menyerang, Kini Kembali Pulih

    September 10th, 2008 at 3:21 pm
  6. aeropama dot com said:

    wahahaha… ape la ko ngarutkan ni thinker? kelakau siot

    ko xdtg ke? apsal xmo dtg? sebab takut org tahu ko tak kacak ke? wuhuhuh

    Extremist Thinker : akoo tetap kacak weh!

    September 10th, 2008 at 3:31 pm
  7. zariel said:

    hahaha…aku ingat pn mcm tu la :neutral:

    September 10th, 2008 at 3:46 pm
  8. Extremist Thinker said:

    ciss. orang berdua kat atas. akoo leh reveal je wajah kacak kurniaan illahi. tp takot la plak… rmi wanita berderai air mata. maklum lah hati ini dah dimiliki 13 gadis comel. :cool:

    September 10th, 2008 at 3:57 pm
  9. |1f34|-|1r3 said:

    datang jer la..aper kes xnak datang..aku nk tgk gak PE ni sape….

    September 10th, 2008 at 5:06 pm
  10. aishahtur said:

    28-28-28

    menarik jenis yang macam mane ni?

    aishahtur’s last blog post..Gatal diTelinga, make terhasillah entri yang panjang.

    September 10th, 2008 at 5:12 pm
  11. J u l i a said:

    Erkkk..
    restoran jang nara ? seriuskah ?

    point utama essay hari ni apa ? pengusaha kedai makan hendaklah menggunakan khidmat waitress yg hot hot utk cepat kaya ? gitu =P

    ET busuk.

    J u l i a’s last blog post..Pear ini wangi !

    September 10th, 2008 at 5:31 pm
  12. KuYan said:

    err break fast ke fast breaking?
    saya selalu keluar zakat.
    ehe. :lol:

    KuYan’s last blog post..FOSEE 06-07

    Extremist Thinker: haha. i pun xtahu. nie poster sponsor

    September 10th, 2008 at 8:44 pm
  13. KuYan said:

    kau nak citer pasal apa sebenarnya ni mat!!??
    kepala tengah bingung bertambah bingung masuk sini huhu. – by megat

    haha.saya baca para pertama kemudian baca para terakhir.sebab kalau baca semua, mesti saya tak faham.

    September 10th, 2008 at 8:50 pm
  14. najlaa said:

    Xsangka aku boleh habiskan pembacaan. Mane2 rancangan review restoren klu amik akak ct nih jadik host konfem rating tinggi nye..

    najlaa’s last blog post..Blogging – Yang Tak Mungkin…tapi Hakikatnya…

    September 11th, 2008 at 1:18 am
  15. adry said:

    sayang bab aku jauh.. kalau tak confirm datang.. hehehe

    September 11th, 2008 at 1:39 am
  16. NoktahHitam said:

    ko nak aku baya? Kalau gadis hot, aku tade hal. Hahaha.

    Nanti2 dulu. Bile aku berbuah, confirm aku jolok duit utk negaraku lagi

    September 11th, 2008 at 3:57 am

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog

Iklan

Pemikir Jalanan