Institusi Pengajian Tinggi Rumah Kedai

Ape pendapat tuan puan semua dengan institusi pengajian tinggi rumah kedai? Institusi pengajian ini baik swasta mahu pun kerajaan, sekarang bersepah sepah menawarkan kursus panas (permintaan hangat), tapi faktor logistik seperti penempatan dan pengangkutan agak (hampeh). Keselesaan penuntut selalunya terabai.
Kalau gua listkan nama nama kolej kat sini, pasti gua kena saman punye sebab memburukkan institusi pendidikan. Tapi itulah natijahnya. Kalau tak kena gaya, institusi ini bakal melahirkan pemegang ijazah yang mentaliti dan corak kerjanya sama dengan apa yang ditawarkan oleh IPTA(S). Bapak borek anak rintik.
Oke gua setel pasal rumah kedai. Ini pasal orang cari kerja di Institusi Pengajian Tinggi Rumah Kedai. Sebagaimana penganggur penganggur tuan puan semua tahu, institusi ini memerlukan Educational Fasilitator (EF) yang agak ramai. Nama je sedap. Tapi kerja hampeh. Kerjanya semacam operator. Angkat telefon, call budak lepasan SPM (parents gok) pastu kencing berapi rapi.
Secara mudah, etika EF nie semua memang ke laut. Benci gua dengan orang penipu. Gua benci kolej sial yang memperalatkan anak bangsa. Haha. Gua malas membebel. Gua ada banyak benda nak cerita. Tapi gua biarkan belog dan web lain bercerita dulu. Klik Sini dan Sini2
kat tempat aku skang ada universiti rumah kedai pasal memasak.. tapi dorang pon makan kat muplay.. :P
cane la kementerian pengajian tinggi leh approve lesen dan x gantung lesen macam kolej L tue. dgr2 tipu orang langkawi, skang nk tipu orang nogiri lak. phew!
bakar jek kolej spt ini..ha3 anarki!
haha. ampeh gas!