Jan 6 2010

Menara Adalah Kuasa

menaraperadabandunia Menara Adalah Kuasa

Dalam sebuah buku Skyscrapers tulisan Judith Dupre sepuluh tahun lalu, beliau berkata menara menggambarkan kuasa. Pembinaan menara memperlihatkan ketinggian sesebuah tamadun dan peradaban manusia.

Empat alaf lalu menyaksikan piramid muncul sebagai binaan unik dan tertinggi di Asia Barat. Piramid paling tinggi ialah Cheo setinggi 146.6 meter (481 kaki) di Giza. Orang Greek pula sudah membina Parthenon pada kira-kira tahun 432 Sebelum Masihi. Pada zaman moden bangunan pertama paling tinggi ialah Washington Monument yang didirikan pada 7 Ogos, 1783 bagi memperingati Presiden Amerika Syarikat (AS) yang pertama, George Washington.

Pada dekad pertama alaf baru, bangunan tertinggi yang berada di Asia berpindah ke Asia Barat iaitu Burj Khalifa, 828m dan Dubai memang layak untuk menjadi pemilik bangunan tertinggi kerana kekayaan negara Emeriat Arab Bersatu (UAE). Sebelum ini bangunan tertinggi Menara Berkembar Petronas (Kuala Lumpur, Malaysia), International Commerce Centre (Hong Kong, China), Shanghai World Financial Centre (Shanghai, China) dan Taipei 101 (Taipei, Taiwan).

Kerana itu banyak penganalisis ekonomi meramalkan tingginya Burj Khalifa mencakar langit dan membelah awan akan menjadi mercu tanda merudumnya Dubai. UAE kini mendepani krisis ekonomi dan hampir tumbang pada akhir November. Bagaimanapun bernasib baik apabila negara jiran, Abu Dhabi yang juga kaya dengan minyak menyuntik lebih RM38 bilion kepada UAE. Burj Khalifa yang boleh dilihat sejauh 100 kilometer kini menjadi mimpi ngeri dan seperti kata pepatah, biar papa asal bergaya. Mata yang memandang memang melihat Burj Khalifa sangat bergaya tetapi UAE ligat memikir mencari jalan untuk menjadikan mercu tanda ini sebagai penyumbang kepada ekonomi Dubai.

“Burj Khalifa belum mampu menyakinkan pelabur, ” demikian ulas Pengarah Bersekutu agensi CB Richard Ellis, Mathhew Green. Dia seterusnya berkata, kadar sewa bangunan komersial turun lebih 55 peratus dari tahun ke tahun. Inilah realiti yang dihadapi oleh Burj Khalifa apabila sebahagian besar ruang pejabat dan kediaman untuk disewa masih kosong.

Adakah badi “bangunan tinggi” dengan “keruntuhan ekonomi” yang berlaku sebelum ini terkena pada Burj Khalifa seperti yang tercatat dalam The Skycraper Index: Faulty Towers? Buku ini memaparkan hubungkait antara bangunan pencakar langit akan diikuti dengan krisis ekonomi. Misalnya New York Stock Exchange mengalami kejatuhan pada 1907 sebaik saja bangunan pencakar langit Singer Building dan Metropolitan Life Tower didirikan.

Selepas terbinanya Bangunan Empire State diikuti pula oleh krisis ekonomi di Wall Street yang seterusnya mencetuskan Great Depression tahun 1929. Begitu juga setelah siapnya bangunan World Trade Centre (WTC) di New York (yang diletupkan dalam tragedi 11 September 2001) yang dibuka pada 1973 diikuti dengan krisis ekonomi global.

The Skycraper Index: Faulty Towers juga mencatatkan ketika Menara Berkembar Petronas dalam pembinaan krisis ekonomi yang teruk melanda Asia pada 1997. Maka krisis ekonomi apa pula yang akan melanda dunia atau dunia Arab saja selepas Burj Khalifa megah berdiri menggapai awan? Adakah krisis ekonomi global yang melanda Amerika Syarikat (AS) sekarang ini menjadi petanda yang dikaitkan dengan Burj Khalifa seperti yang dicatatkan dalam The Skycraper Index: Faulty Towers?

Burj Khalifa yang menelan belanja RM67 bilion mempunyai lebih 3,000 unit kediaman, 1,200 ruang untuk membeli belah dan sembilan hotel itu sekaligus menjadi pusat membeli belah terbesar di dunia. Rekod lain yang dipegang oleh Burj Khalifa adalah bangunan yang paling banyak tingkat (160 tingkat walaupun jumlah sebenar masih dirahsiakan oleh pemaju Emaar sehingga esok), lif yang paling tinggi dan lif yang paling laju (kelajuan 64km/j)

Reka bentuk Burj Khalifa dicetuskan oleh arkitek Skidmore, Owings dan Mervill dan dibina dengan kepakaran syarikat kontraktor dari Korea Selatan, Samsung Engineering & Construction yang juga pernah membangunkan Menara Berkembar Petronas dan Taipei 101. Burj Khalifa dibina dengan bahan asasnya konkrit sebanyak 333,000 meter padu konkrit dan 39,000 tan besi.

Samsung Engineering & Construction berkerjasama dengan syarikat kontraktor Besix dari Belgium dan Arabtec dari UAE. Burj Khalifa yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan untuk mendepani gegaran gempa tetapi masih tidak selamat daripada serangan pengganas yang mengambil pendekatan serangan 11 September 2001 ke atas WTC.

Artikel : Ku Seman Ku Hussain

Related Posts with Thumbnails

4 Comments on this post

Trackbacks

  1. Kujie said:

    seriau tengok – apakah yg nak dikejar lagi

    January 6th, 2010 at 11:37 am
  2. Extremist Thinker said:

    kuasa :)

    January 6th, 2010 at 1:05 pm
  3. paeh said:

    gila ahhh. kediaman ape jadah semua dalm satu bangunan…. aiyoo

    January 8th, 2010 at 10:11 am
  4. bit said:

    ahhhaaa..
    ni la tanda akhir zaman..
    d mna manusia bermegah2 dengan bangunan tinggi
    menda da bgtau dr dlu lg..
    tp kita masih nk buat..
    sbb 2 ekonomi down..sbb dan akibat..

    January 11th, 2010 at 7:53 am

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog

Iklan

Pemikir Jalanan