Jul 18 2008

Minyak Dari Perspektif Yang Lain

[Debat Minyak: Ulasan Pendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim Oleh: Joelabu-labi]

minyokite Minyak Dari Perspektif Yang Lain

1. Malaysia mengeluarkan minyak sebanyak 770,000 tong sehari untung dieskpot. Pada waktu sama kita menggunakan minyak yang diimpot sebanyak 515,000 tong sehari. Jadi kita hanya mengekspot sebanyak ~255,000 tong sehari. Harga minyak RON97seliter di Malaysia adalah RM2.70. Brunei menggunakan sebanyak 14,900 tong sehari, tetapi mereka mengekspot sebanyak 195,000 tong sehari. 7x lebih banyak daripada apa yang mereka perlukan dan harga seliter minyak di Brunei adalah RM1.25(BND0.53). Terdapat ralat pengiraan saudara Anwar bagaimana pengurangan sebanyak 50sen hanya memerlukan RM5billion sahaja.

carta1 Minyak Dari Perspektif Yang Lain

Tambahan sebanyak 5 billion hanya boleh membawa pengurangan sebanyak 18 sen sahaja dan bukan 50 sen seperti yang dicanangkan.

Rujukan: Petronas
Rujukan: Nation Master

2. Apa yang saudara Anwar katakan sebagai “excess capacity” ini adalah kurang tepat, daripada maklumat yang saya perolehi, sesebuah syarikat utiliti tenaga harus mempunyai apa yang dikatakan sebagai “reserve margin”. Ini adalah untuk menampung tenaga yang diperlukan ketika penyelenggaraan ataupun semasa berlakunya “blackout”. Dengan itu TNB memang mempunyai “excess capacity” yang melebihi 1000MW sebagai “reserve margin”.

Rujukan: Google
Rujukan: Tenaga Nasional Berhad

carta2 Minyak Dari Perspektif Yang Lain

Memang benar apa yang saudara Anwar katakan. Lebih banyak subsidi boleh disalurkan jika kerajaan membelanjakan asset Malaysia dengan lebih berhemah dengan mengurangkan beberapa ketirisan yang berlaku hari ini. Walaubagaimanapun, saya tidak berpendapat bahawa Malaysia mampu lagi memberi subsidi minyak sebanyak RM50billion kepada rakyat walaupun kerajaan meraih cukai daripada Petronas sebanyak RM60billion. Ini kerana walaupun kerajaan memulangkan balik cukai Petronas tersebut kepada rakyat(“rolling”), harga minyak(runcit) tetap akan naik dari semasa ke semasa, dan tiada siapa dapat menghalang ini.

Adalah lebih bijak jika kerajaan menarik balik subsidi minyak ini(50billion) tetapi menarik balik juga cukai eksais kereta, cukai jalan dan toll. Pada waktu sama, kerajaan hanya perlu memberikan subsidi kepada mereka yang betul-betul memerlukannya contohnya nelayan, petani, khidmat pengangkutan barang, khidmat pengangkutan awam dan sebagainya. Jika ini berlaku, walaupun harga minyak sedunia naik, hanya pengguna kereta/motosikal persendirian sahaja akan terjejas, tetapi harga barang runcit dapat dikawal kerana subsidi telah diberikan bagi menampung harga kenaikkan minyak tersebut. Secara tidak langsung ini dapat menghindarkan inflasi.

Related Posts with Thumbnails
TAGS: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

12 Comments on this post

Trackbacks

  1. Debat Agenda Daily : “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak” at IzzatRuslan.com wrote:

    [...] http://blog.thinker.my/minyak-dari-perspektif-yang-lain/ (Minyak Dari Perspektif Yang Lain) [...]

    July 21st, 2008 at 6:57 pm
  1. ita said:

    wah! dasat gila :) siap chart tu. 4 setengah bintang! Cakap pasal Petronas ni kan saudara, member kita tu bf dia org minyak tau.

    July 17th, 2008 at 12:52 pm
  2. Extremist Thinker said:

    hehe. ina kapel ngan orang minyak. waaa. takooot. nie mesti bawak masuk tv3. orang minyak dah pandai membuat keluarga :cry:

    July 17th, 2008 at 12:56 pm
  3. zool said:

    Bagus sungguh pemikiran anda..

    zool’s last blog post..Memalukan diri

    July 17th, 2008 at 10:02 pm
  4. Aida Zahrol said:

    either way pun i tak faham sume ni…ape2 je la kan…bukan leh wat pape pun sal ni… :cry:

    Aida Zahrol’s last blog post..Gadis Bijak Yang Disampahkan

    July 18th, 2008 at 9:07 am
  5. sultan said:

    wualamak… perfect betol presentation. kalo ada debat round ke-2 bole la ko join. :smile:

    July 18th, 2008 at 12:24 pm
  6. bongkersz said:

    “Pada waktu sama kita menggunakan minyak yang diimpot sebanyak 515,000 tong sehari.”

    Hmm, masih timbul persoalan sama ada konsep subsidi minyak adalah seperti yang diterangkan saudara. Pada pendapat saya, kita tidak ‘mengimport’, sebaliknya kita membuat pertukaran minyak sebanyak 515,000 tong sehari. Sebetulnya kerajaan tidak mengeluarkan satu sen pun untuk menampung subsidi. Yang dimaksudkan subsidi adalah tiada keuntungan lebihan kerana minyak tidak dijual pada di pasaran sebaliknya digunakan untuk membuat pertukaran dan kegunaan domestik.

    Oleh itu, tidak pasti sekiranya kiraan yang dibuat saudara boleh diterima atau tidak. Saya mengira berdasarkan fakta yang diberikan oleh kerajaan bahawa kerajaan akan memjimatkan RM13.7 billion dengan peningkatan sebanyak 80 sen (1.92 kepada 2.68), kiraan mudah – (80/13.7b x 5b) untuk RM5b akan dapat dalam 30 sen penjimatan. Jadi saudara betul, Anwar tidak dapat mengurangkan 50 sen, cuma 30 sen. Bukan 18 sen :)

    July 18th, 2008 at 12:34 pm
  7. eSempoi.com said:

    bagus2, baru paham skit pasal minyak2 ni

    July 18th, 2008 at 2:37 pm
  8. neo said:

    setuju dengan pendapat and comment dari sultan.hahahaha.goood post,clear enuf to understand.hehe :cool:

    neo’s last blog post.."Lelaki" complicated?!

    July 18th, 2008 at 5:33 pm
  9. razifmustapha said:

    wa….bagus betul. aku tengok graf and statistic ni, terus kucar kacir otak kiri aku. huhu

    July 19th, 2008 at 4:40 am
  10. Extremist Thinker said:

    bukan niat ku nak pertikai ape yg DSAI cakap. mungkin dia tidak cukup ruang dan waktu pada masa tersebut. ape yang hendak disampaikan, kita sebagai rakyat mempunyai hak untuk tidak di gula gula kan oleh pemimpin (yang mungkin mempunyai kepentingan tertentu). dan kita juga seharusnya tidak jumud politik dan juga pemimpin (jangan anggap mereka tue adalah segalanya) dan seharusnya kita berpegang kepada agama. tiada apa yang kekal diatas dunia ini dan yang pasti hidup pasti akan mati. :mad:

    July 19th, 2008 at 6:57 am
  11. azriena said:

    Tekedu baca 1st comment dari puan ita. Pasal orang minyak bawa ke tv3? Kamek sik paham. Bertambah pening kepala membaca apa yg dibentangkan oleh saudara di atas tu. Kalau saya jadi pemeriksa kertas peperiksaan, saya gerenti bagi saudara A+ ni.. Cukup lengkap =)

    btw.. minyak mahal ker tidak, tidak lagi jadi persoalan sbb kereta kita tetap perlukan minyak. Macam budak budak yg menangis, diberi gula sure dia senyap kan? kalau tak senyap gak, bagi penampor! hahahahahahaahaha (macam terkeluar dari topik pulak ni..)

    azriena’s last blog post..Kejutan yang tak jadi ..

    July 19th, 2008 at 7:34 pm

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog

Iklan

Pemikir Jalanan