Profesion Perguruan
- 0 Comments

Zaman dulu, semua mak mertua pandang cikgu yang bujang. Zaman kendian skit pada dulu, semua sudah berubah. Profesion cikgu adalah dianggap biasa. Zaman kendian lagi, iaitu zaman sekarang, profesion cikgu menjadi hangat.
Punca, kerajaan mula menaikkan skim gaji gred41. Punca, graduan menganggur semakin bertambah. Punca, hendak masuk kerajaan. Punca suduh putus fius sebab nak kahwin cepat :p
Ramai kawan kawan gua sekarang menceburkan diri di dalam alam perguruan. Gua, tak le. Gua kurang berminat! Gua masih lagi berfikiran perniagaan itu adalah sembilan persepuluh sumber rezeki. Gua perlu bangkit kan kekuatan orang Melayu untuk berniaga walau kadang kadang gua rasa, kerja kerajaan tue agak ho liao.
Apa yang gua hendak perkatakan sekarang adalah perlunya pelajar pelajar yang bakal menjadi guru berfikir bahawa tempat untuk mereka mengajar adalah tidak terjamin. Zaman manja untuk profesion perguruan adalah sudah berlalu.
Sekarang bakal cikgu harus fikir, masalah graduan menganggur diluar sana adalah milik bersama :) Hendak tak hendak, bersiaplah korang semua :) Kepada ahli profesional lain yang hendak jadi cikgu sila lah isi borang KPLI dan DPLI. Yeah!
ps: kawan gua, menanges di hantar ke P3! pss: bukan Fahrin sorang menanges. hehe!