Aug 19 2008

Trend Hantaran Kahwin Yang Tinggi Setinggi Iq Saya

[Cubaan Extremist Thinker Untuk Menjadi Perempuan/Wanita Selepas Puas Bermodelkan Lelaki Kacak, Berdada Kental, Dan Mempunyai Bentuk Rupa Dan Tubuh Yang Menarik]
*name nyah ai adalah Siti oke. Cumel gitew.
*proses membekam balik belog selepas kehilangan data.
*tamo update smpi wknd sebab ada xem, tp kalo terupdate nak buat cane kan!

kawencomel Trend Hantaran Kahwin Yang Tinggi Setinggi Iq Saya

Okeh bertemu kita sekali lagi dalam ruangan belog ini. Tajuk yang bakal Siti kupaskan hari ini adalah tentang trend hantaran kahwin yang semakin meninggi. Bukan hanya semakin meninggi tetapi memuncak, menggunung, mengadu domba dan juga bermain nasib. Tajuk ini sebenarnyer tampak remeh lebih lebih lagi ia melibatkan wanita cantik seperti Siti dan kaum kaum senasib Siti yang lain. Tetapi apa yang Siti ingin tekankan di sini ialah tentang pengaruh ikutan ini (trend setting) yang telah pun bermaharajalelah dan telahpun menyemakkan pemikiran, malah bersarang, mahupun beranak pinak (seperti dalam kes rasuk jin Idrus) di dalam sanubari kita sebagai wanita Melayu seperti Siti ini. BTW bentuk badan Siti ialah 28-28-28 dan Siti amat percaye tiada wanita melayu lain dapat menandingi kecantikan Siti, kerana Siti merupakan wanita melayu terakhir. Apa yang tidak tertanggung dan tidak dapat tertahan untuk Siti luahkan hari ini ialah sikap dan akibat daripada sesetengah golongan kita kaum Hawa yang tanpa segan silu dan tanpa usul periksa telah mengahwini kaum lelaki yang menjanjikan hantaran kahwin yang lumayan. Apa yang Siti perasan, pengaruh ikutan ini terbentuk sejak daripada perkahwinan adik kembar SIti iaitu Siti Nurhaliza sendiri. Okey Siti tidak mahu komen panjang lebar mengenai idola atau ikon negara (kemungkinan Siti akan dibom oleh peminat peminat fanatik dan jumud beliau). Apa yang menjadi topik persoalan dan permasalahan di sini ialah sampai bilakah budaya atau trend mengenakan hantaran dan mas kahwin yang tinggi ini akan berleluasa. Sedarlah diri kita kaum hawa. Bangkitlah dan majulah kaum Hawa demi sukan Malaysia. Tidakkah kita sebagai kaum Hawa perasan yang jumlah kaum lelaki di Malaysia ini semakin lama semakin menyusut dan jumlah kita pula semakin lama semakin membiak bagai turunnya pendatang tanpa izin ke negara kita. Jadi perlulah sebenarnya trend ini dibendung sebelum menular menjadi liar dan melarikan lelaki lelaki melayu kita yang kian pupus ke arah wanita wanita asing yang ternyata lebih murah hantaran mas kahwinnya.

Apa yang memeranjatkan Siti baru baru ini ialah tentang hantaran kahwin tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak rm444,444 yang dibuat oleh tan sri R, rm88,888 oleh dato S dan rm11,111 oleh  orang kebanyakan.  TIndakan tan sri R, dato S dan orang kebanyakan tersebut sedikit sebanyak telah menyusahkan kaum lelaki di muka bumi Malaysia ini di mana Siti sebagai seorang wanita pun rasa tidak adil tragedi sedemikian berlaku kerana ini akan menyukarkan lagi proses perkahwinan. Apa yang dapat Siti tahu, perkahwinan adalah satu ikatan atau perjanjian di antara suami dan isteri. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dijual-beli dan dijadikan sebagai satu alasan oleh kita kaum Hawa untuk mencekik si lelaki. Siti amat malu apabila perkara seperti ini terjadi. Kita kaum hawa seharusnya berfikiran lebih matang. Bayangkan tahun tahun kini pun, hantaran dan mas kahwin semakin melonjak naik selari dengan kenaikan minyak. Siti dapat tahu bahawa seorang daripada kawan Siti (lelaki) yang baru sahaja grad dan ingin melamar wanita idamannya terpaksa menyediakan hampir hampir 20ribu ringgit hanya untuk hantaran. Adakah ini seperti urus niaga manusia? Adakah ini menunjukkan keadilan bagi pihak lelaki untuk berbelanja sebegini besar hanya untuk berkahwin. Mengapa pihak perempuan tidak saja meletakkan hantaran sekitar rm2.50. Siti pasti jika setiap wanita yang masih bujang meletakkan hantaran sekitar berkenaan, sudah tentulah isu kahwin misyar dan isu andalusia serta andartu tidak akan membiak dan menjadi wabak dalam masyarakat kita sehairan bukan seharian.

Apa yang Siti ingin titik beratkan di sini sebenarnya adalah isu keadilan. Yalah walaupun sebagai seorang wanita, Siti juga harus menilai dari konsep sama rata atau keadilan. Cukuplah sekadar meletakkan hantaran sebanyak RM10 untuk perkahwinan yang ikhlas dan jujur. Tidak perlulah sampai ke ratusan ribu. Siti risau wabak ini akan menular di kalangan anak gadis kita yang cantik cantik di mana mereka akan memburu dato’ sebagai calon suami yang mempunyai harta. Jika semua dato’ dato’ akan memburu mereka termasuk memburu SIti, maka yang cantik cantik akan pergi kepada yang tua tua. Habis tu, kasihanilah lelaki lelaki atau teruna teruna yang masih bujang ini (extremist thinker bujang gak). Takkanlah mereka hendak mengahwini perempuan yang tidak cantik (hahaha Siti buat lawak, jangan terasa hati pula). Jadi kesimpulannya di sini, kita sebagai wanita haruslah berfikir ke hadapan dan berdaya saing. Jika kita lihat jiran kita hendak kahwin letakkan hantaran sebanyak 2.50, kita letaklah harga kita pada paras RM3 iaitu tidak melebihi RM10. Daya saing seperti inilah yang Siti ingin lihat pada semua generasi2 kaum Hawa yang berada di Malaysia.

p/s: artikel ini tidak pernah masuk belog Malaysiakini. Kempen tolak PKR lagi, walau saya tahu PKR akan menang dengan 70:20:10! huhu, tapi masing masing punya idealogi dan pendapatan.

Related Posts with Thumbnails
TAGS: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

9 Comments on this post

Trackbacks

  1. Berbuka Puasa Di Temani Gadis Pelayan | Extremist Thinker wrote:

    [...] Extremist Thinker mengatasi populariti Siti. Seingat Siti, Siti penah on air di belog ini pada 19 ogos lepas je, itu pun selepas Siti merasuah taukey belog ini dengan godaan hiburan dunia. Kali ini, [...]

    September 10th, 2008 at 4:02 pm
  2. Muka, Dada, Pinggang & Pinggul | Extremist Thinker wrote:

    [...] tuan tuan dan keduanya adalah pasaran Malaysia akan dilimpahi madu madu murah yang memungkin harga mas kahwin terpaksa direndahkah mungkin sehingga RM2.50. Nanti susah pula saya nak merombak rumus trend [...]

    October 15th, 2008 at 12:03 am
  1. megat said:

    ntah la. aku pun tak faham kenapa derang sesuka hati nak letak hantaran tertinggi camtu. psiko tu beb!

    dah gasak pakwe2 sume cari warga asing. tak yah nak hantaran tertinggi.

    ps – sape siti!?

    megat’s last blog post..E-Kamus, Efektif Dan Berkesan

    August 19th, 2008 at 7:42 am
  2. xmindfreakx said:

    aku selalu kata…letak harga tinggi2 tu,sure jadi isteri yang solehah ker?sure jadi isteri yang baik kepada suami ker?

    August 19th, 2008 at 8:45 am
  3. lady_xue said:

    halluuu…

    sebenornya, pada pendapatan sy laaa.. bukannya kaum wanita ni saje2 dok gatal nak letak hantaran yang ribu riban.. cumanya, ia dah jadi cam harga semasa atau dgn kata lain, harga pasaran..hehe..suka xsuka, kaum adam kenala ikut arus semasa..:lol:

    memangla nilai hantaran tu xleh jamin keperibadian sesorang wanita. kalau pun isteri tu solehah dan patuh pada suaminya, xsemestina suami tu xcarik pompuan lain kan?…dan xsemestinya lelaki tu akan jadi suami yang sebaik atau lebih baik dr isterinya..

    hehe..ntahpapelaa yang aku dok merapu ni..okla,pk2 laaa sumaaa.. :lol:

    August 19th, 2008 at 5:23 pm
  4. lady_xue said:

    aku suka topik ni…hahha

    August 19th, 2008 at 5:24 pm
  5. stu_comot said:

    sng2 xpyh kisah sgt…nnt nk kawen bincang2 arr ngN pasangan masing2..nk ltk tggi, rendah, hak individu..tp kalo btol2 nk, duit xkn jd mslh..ok la..dpd jnji2 mase berchenta..lautan api sggup direnangi, amik kapak belah dada..tuh sume nk ajar gf jd pembunuh tuh..haha.. :razz:

    August 25th, 2008 at 12:46 pm
  6. AliF said:

    mahal2 sagat..culik jea p kawin kat siam..

    December 4th, 2008 at 3:35 am
  7. piMan said:

    sebebenarnyer…. duit hantaran tuh utk ape?

    a) utk pihak perempuan buat kenduri belah pikah perempuan… jika nie alasannya, mmg tak patut pihak p’puan charge memahal. Kenapa? KERANA dah dianjurkan oleh pihak p’puan, sah sah jemputan ialah org yg dikenali oleh pihak p’puan, sah sah majoriti ialah sedara mara pihak p’puan. SO… kenapa plaks pengantin lelaki plak kene tanggung makan minum sedara mara pihak p’puan????????
    Tak ke pelik…. nak menjamu sedara mara sendiri, tapi duit mintak kt org ( pengantin lelaki baru je nk jadi sedara… dah “dikenekan” dgn kene “menjamu” 1000 org makan.

    b) utk jadi perbelanjaan pengantin perempuan ( ambil perhatian… PENGANTIN PEREMPUAN, bukan keluarga pengantin perempuan) untuk membeli perabot bilik yang juga setelah selesai kenduri akan dibawa kerumah yang akan diduduki oleh pasangan pengantin. Juga utk dijadikan wang simpanan atau fix deposit ( atau seangkatan dengan nya) utk kegunaan pasangan pengantin bersama di masa hadapan.

    Saya amat tak besetuju alasan a). Tetapi jika alasan b)…. amat amatlah dialukan.

    March 7th, 2009 at 3:04 pm

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog

Iklan

Pemikir Jalanan