Tribute Buat Melayu Minimalis
- 22 Comment

Assalamualaikum dan salam tangan kanan untuk semua yang masih mengikuti tulisan di blog ini walau sudah bersawang hampir satu purnama. Topik yang ingin dikelolakan pada hari ini adalah tentang tafsiran Melayu Minimalis Yang akan dikelolakan oleh pihak Extremist Thinkers. Sebelum menjarah kehadapan… pernahkah tuan puan mendengar, membaca, mengumpat atau mengata tentang belog Melayu Minimalis? Mungkin pernah, mungkin tak. Jika tidak pernah, sila google Melayu Minimalis. Jika pernah, lepak lepak sini je la tuan puan… jangan kasik beliau hits. Nanti duit iklan beliau bertambah. Ahhhah!
Bagi saya, tafsiran Melayu Minimalis adalah teramat mudah (ini bukan tafsiran lagi, sekadar penyeri ayat). Ia ibarat seperti saya mengelolakan satu rancangan “Tanya Abang Extremist Thinker” musim keenam, saya memberi tafsiran tentang sesuatu perkara dan tuan puan semua percaya seratus peratus jawapan saya, tanpa sebarang persoalan. Itu yang saya dapat lihat secara tersurat (merangkumi 1%) tentang belog beliau. Tersirat terserah kepada tuan puan untuk menilai. Berkenaan tafsiran Melayu Minimalis, bagi saya Melayu Minimalis adalah bermaksud keterbukaan minda daripada pembaca terhadap belog dan juga artikel beliau. Ini amat berbeza dengan penulisnya, bermodalkan tag “akutakpeduli” memungkin beliau tidak menerima pendapat bernas atau dungu dari pengkomentar. Mungkin ya, mungkin tidak. Sila tanya beliau.
Berbalik kepada tafsiran melayu minimalis yang pada saya bermaksud keterbukaan minda, mudah nye begini. Di dalam penulisan belog, perkara utama yang ingin disampai atau dibangkitkan oleh seseorang penulis adalah mengenai sesuatu “ISU” yang menarik minat pembaca. Berbalik kepada belog Melayu Minimalis, ISU yang beliau ketengahkan adalah bercampur baur atau caca marba dari musik, perempuan, peragaan, ideologi, sains dll tolak politik dan agama. Jadi keterbukaan minda tuan puan amat penting dalam memahami isu yang dibawa dan tidak melatah semacam munkee terkena belacan.
Saya amat percaya, dengan keterbukaan minda… tuan puan akan dapat menerima dan menilai sesuatu isu yang dibawakan oleh beliau dengan matang. Tapi harus di INGAT, jangan pandang sesuatu isu itu dari satu sudut sahaja, tapi pandanglah dari sudut sudut yang berbeza. Macam tuan tuan terjumpa seorang perempuan seksi bertiub dipadankan dengan skirt mini naik bas (yang pasti bukan ladyesah sbb beliau naik kete de bf), tiket dia jatuh kat atas lantai. Macam mana tuan tuan pandang perempuan itu?
Mesti dari berbagai sudut bukan. Dari sudut atas apabila perempuan itu tunduk dan dari sudut bawah apabila tuan pula tunduk. Jadi di situlah terletaknya keterbukaan minda, mengajar supaya kita berfikir dari berbagai sudut, dan belajar menerima sesuatu yang mungkin dan juga mustahil, serta paling penting belajar menolak apa yang bukan hak. Kadang kadang kita ini terlalu banyak sifat taklid dalam diri, hanya terima apa ape sahaja orang suap sampai otak nih malas sangat nak jalan (rujuk program soal jawab abang minimalist).
Contoh lain adalah seperti isu mengorat awek. Tuan jumpa seorang awek. Tuan suka akan beliau. Malangnya awek tersebut memulang buah paku keras kepada tuan. Kalau minda tuan sempit atau tidak terbuka, tentulah tuan akan menjadi semacam gadis di Terengganu. Panjat hotel kemudian pengsan tanpa menyudahkan misi untuk mati katak. Itu merupakan contoh minda yang tidak terbuka atau sempit. Kalau minda tuan terbuka, semestinya ayat sebegini akan keluar dari minda tuan tuan. “Bukan jodoh beliau untuk mendapatkan saya”. Begitulah saya sematkan apabila Ladyesah memilih bro MM dan bukannya saya. Tapi mane tahu saya akan mendapat adik Ladyesah. Hahahah.
Jadi begitulah tafsiran Melayu Minimalis. Keterbukaan minda dalam memahami sesuatu isu adalah amat penting. Seperti kata Tun M, back to fundamental. Sebelum saya mengarut lagi, baik saya berhenti menulis. Biol kepala tuan puan nanti. Oke bebeh. Saya sayang kamu semua.
ps: ini hanyalah respon untuk bro MM.
pss: sebarang pandangan hanyalah dari penulis untuk tafsiran melayu minimalis.
psss: yang pasti bro MM dah kasik publish & ejaan sudah dibetulkan :s
22 Comments on this post
Trackbacks
-
Fariz Bakar said:
ya keterbukaan.
November 24th, 2008 at 12:16 am -
Extremist Thinker said:
terbukak ape bro?
November 24th, 2008 at 12:18 am -
lochoe said:
langsung x faham.. aku mmg bukan seorang pemikir.. tetapi dapat sedikit idea.. ttg minimalist.. ingat ke minimalist ni mereka yang meminimumkan semua mende.. kurangkan warna, kurangkan ruang.. dan memilih suatu yang simple tanpa perlu perkara rumit… easy to say : simple dan strait kepada objektif utama (x perlu campur aduk enhancement things)
November 24th, 2008 at 1:58 am -
dum said:
stuju! i have fun there =]
November 24th, 2008 at 8:30 am -
Extremist Thinker said:
lochoe – minimalist mmg bermaksud cam ko cakap. tp akoo wat tafsiran berdasarkan belog MM tue jek. huhu
dum – gwe jugak!
November 24th, 2008 at 9:13 am -
ezad said:
Senang cakap be realistik and fantastik ala2 circus, walau dia xsuka jadi badut dia ttap badut,cuma jgn melompat kat kandang rimau dah..apa aku merepek nih..huhu
November 24th, 2008 at 10:18 am -
Mr Am said:
Penulis yang hebat..
November 24th, 2008 at 11:09 am -
Extremist Thinker said:
sng cakap. kita tunggu ape MM nk tulis kat belog dia!
November 24th, 2008 at 12:41 pm -
Mak Su said:
hhhmmmm, saya tak berapa nampak ler….. kasik hint. contoh blog?
November 24th, 2008 at 3:11 pm -
d7 said:
waaaaa..
aku suka entry nie!!
best2…
hopefully kamu leh menang yer ET!!
heh :pNovember 24th, 2008 at 3:34 pm -
pendekar said:
Sememangnya perlu terbuka menerima teguran, terbuka membaiki kesilapan tapi bukan terbuka memikirkan sewenang-wenangnya, kerana manusia cukup sukakan persangkaan……
November 24th, 2008 at 4:07 pm -
nikillas said:
aku wat spam kat sini je.. x tau nak komen ape.. lalalaa..
November 24th, 2008 at 7:54 pm -
Extremist Thinker said:
http://akutakpeduli.blogspot.com itu belog beliau.
November 24th, 2008 at 9:56 pm -
callister said:
huhu~~nape skang ni pesen sume nak terjun bangunan..
carik la modal lain…baring atas rel ketapi ke…
baru best..November 25th, 2008 at 12:18 am -
yazid husain said:
betul tu. Aq dah kembali aktif
November 25th, 2008 at 11:48 am -
apek kacak said:
gua memang mengamalkan keterbukaan dan liberalism dalam hidup nie…siot kirim salam adik ladyesah wei….
November 25th, 2008 at 5:49 pm -
megat said:
dapat la tangkap beberap apoint yang ko nak sampaikan. selain tu aku dah pening kepala nak fahamkan wahaha.
November 25th, 2008 at 7:06 pm -
Flipflop said:
mm bkn pompuan ker?
January 30th, 2009 at 11:47 pm -
Extremist Thinker said:
mm laki. ppuan tue awek beliau.
January 31st, 2009 at 12:06 am -
Zobong said:
slalunye. mlayu nih. ikot mood gak a. de time nk jd minimalist, de time nak jd fundamentalist. de time nak jd extremist. n bgantung gak kpd topik. n tak semestinye minimalist nih stu yg lg truk drpd fundamentalist n extremist. stiap entiti masyarakat tuh ada gk peranan dlm pembangunan minda manusia yg lain2. bila ada minimalist mlayu. baru la ada sikap memberontak mlayu lain menjadi la free thinker. sng citer.
March 1st, 2009 at 9:05 am -
gemuk said:
In real world…
how minimal the “melayu minimalis” be??
reply me soon..really need to talk.April 9th, 2009 at 3:10 pm
[...] Go here to see the original: Tribute Kepada Melayu Minimalis [...]